Followers

Wednesday 1 May 2013

TERKINI : Bapa Saiful Bukhari Buat Sidang Media Untuk Bertaubat Lagi?


Selepas 'bertaubat' dengan menyatakan dirinya diperguna oleh UMNO untuk berbohong di dalam kes yang melibatkan anaknya, Bapa Saiful Bukhari telah sekali lagi bertaubat dengan memohon maaf diatas ketelanjuran beliau di dalam bersekongkol dengan Ketua Umum Parti Kencingkan Rakyat (PKR).

Awangku telah dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa sidang media telah diadakan di Hotel Ibis Styles, Jalan C 180/1, Dataran C 180, 43200 Cheras dimana Bapa Saiful Bukhari akan memberikan kenyataan berkaitan isu berkenaan. Kalau nak baca lebih lanjut boleh baca kat blog otai http://www.papagomo.com/.

Dalam hal ini kita boleh lihat Anwar Ibrahim sanggup menggunakan segala cara untuk menyelamatkan dirinya daripada mendapat aib sekaligus melepaskan peluang beliau di dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7. Ada juga pihak telah menyatakan bahawa Bapa Saiful Bukhari telah dijanjikan sebanyak RM 1 Juta.



* Ada lagi ke orang nak percayakan si Bapa Saiful Bukhari nih .... dia tak panda menipu macam DSAI ....


Saturday 27 April 2013

DAP SARAWAK Perlekeh SUMPAH LAKNAT!


Lihatlah kebiadapan dan kurang ajarnya parti komunis DAP Sarawak ni. Pihak DAP secara sengaja memasang poster ini semasa lawatan YAB Perdana Menteri ke Kuching hari ini. Semua orang sudah tahu bahawa YAB Perdana Menteri telah melafazkan sumpah laknat untuk menepis dakwaan pihak pembangkang bahawa beliau dan isteri beliau telah terlibat di dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia, Altantunya.




Bagi kita yang beragama Islam, sumpah laknat adalah sesuatu benda yang tidak boleh dimain-mainkan. Kesannya amatlah amat kita takuti. TAPI, DAP KOMUNIS TELAH MEMPERMAINKAN SUMPAH LAKNAT INI. Kalau dah berani nak perlekehkan sumpah laknat, bayangkan sahaja macam mana KOMUNIS DAP ini akan memperlekehkan agama Islam.

Semoga kumpulan penguatkuasa pilihanraya akan mengambil tindakan kepada poster BIADAP nih!

* UNDI DAP = SOKONG PERLEKEHKAN ISLAM!

Friday 26 April 2013

VIDEO HANGAT! Karpal Singh 'DIHUMBAN' Penyokong Sendiri!

Agak terkejut bila mendapat video yang diberikan oleh rakan  melihat Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh telah 'dihumban' oleh penyokong mereka sendiri. Kita tahu ramai ahli DAP yang tak suka dengan Karpal Singh nih, tapi tak perlu lah nak humban-humban orang tua yang pakai kerusi roda. Kesian jugak lah tengok orang tua tu tersembam kat atas pentas.


Tapi kalau nak fikir balik, ni macam nak tagih simpati pun ada. Semua dah tahu sokongan kepada Pakatan Pembangkang semakin lama semakin kurang sebab diaorang nih dah sampai tahap merapu. Asyik nak salahkan BN tapi diaorang langsung tidak memberi apa-apa cadangan yang bernas untuk memajukan negara. Asyik-asyik demo .. asyik-asyik demo!

Gambar bawah ni pun mungkin nak mintak kesian jugak kot? Tapi Awangku harapkan semuanya kembali sihat dan tidak cedera teruk dalam melakukan 'stunt' masing-masing. Lagipun, kita semua hamba Allah yang serba kekurangan. Amin.




* Salam hari Jumaat!

Thursday 25 April 2013

Dato' Shaharuddin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/CDN) Di Tembak Mati!


Mendapat berita sedih dari Putrajaya:

Pada jam lebih kurang 8.00 pagi hari ini, Dato’ Shaharuddin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam(Perkastaman/CDN) Malaysia yang sedang dalam perjalanan ke pejabat di Putrajaya telah ditembak sebanyak  2 das di tengkuk dan pipi bertempat di lampu isyarat Lebuh Sentosa, Presint 7, Putrajaya.Mangsa disahkan meninggaldunia sebentar tadi.

Tuesday 23 April 2013

DAP TIRU KOMUNIS @ KOMUNIS TIRU DAP?

Sering orang menyatakan bahawa sudah menjadi 'open secret' yang parti DAP masih membawa ideologi komunis walaupun dengan bertopengkan perkataan 'demokratik' pada nama parti tersebut. Ideologi komunis yang hendak secara paksa diterapkan di Malaysia oleh Chin Peng semasa zaman darurat telah dilihat menjadi asas perjuangan parti DAP.


Tapi gambar diatas nih lagi lah memeningkan kepala. Adakah DAP tiru komunis atau komunis yang tiru DAP. Ntah-ntah 'open secret' tu memang betol dan DAP memang sepanjang ini masih mengekalkan ideologi komunis! 

Kepada yang menyokong sangat DAP tu perlu fikir 10 juta kali kalau nak sokong. Mungkin kita generasi muda nih malas nak fikir tentang hal ni tapi kalo tanya generasi yang pernah merasai kesengsaraan dan kekejaman komunis, mereka akan menentang apa yang ada kaitan dengan komunis. Golongan muda harus belajar, faham dan berfikir tentang sejarah negara kita. Jangan kerana janji-janji 'Eutopia' kita secara halus telah dijajah kembali oleh komunis!

* Mahukan KEADILAN bukan KESAKSAMAAN!

Friday 19 April 2013

#UPDATE PRU - 13 : Petandingan 3 Penjuru di P.220 Baram

PRU - 13 kali ini di P.220 Baram akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru. BN akan diwakili Encik Anyi Ngau, Roland Engan (PKR) dan Patrick Sibat (BEBAS).

#PRU-13 : Anyi Ngau - Calon BN P.220 Baram diiringi oleh YB Datuk Sylvester Entrie dan YB Dennis Ngau. Satu tanda baik untuk BN di Baram!

Satu petanda baik untuk BN di Baram..

UPDATE PRU-13 : Hangat dan meriah di P.203 Lubok Antu

Berikut gambar-gambar terkini kumpulan penyokong parti BN, PKR dan SWP yang akan bertanding di P.203 Lubok Antu.

#UPDATE PRU-13 : Penyokong BN mula berkumpul di Pusat Penamaan Calon P.220 Baram

Penyokong BN di kawasan parlimen P.220 Baram mula kelihatan di sekitar kawasan Pusat Penamaan Calon P.220 Baram di Pejabat Daerah Marudi.

Calon yang dijangka bertanding di P.220 Baram adalah En. Anyi Ngau (BN) dan En. Roland Engan (PKR).

#UPDATE PRU-13 : Hangat tp tenang di P.203 Lubok Antu.

Keadaan mula hangat di kawasan parlimen P.203 Lubok Antu dengan penyokong parti masing-masing telah mula berkumpul di pekan Lubok Antu untuk menyokong calon parti berkenaan.

Walaupun hangat tetapi keadaan masih tenang tanpa sebarang kejadian yang tidak di ingini.

P.205 Lubok Antu dijangka menyaksikan pertandingan 3 penjuru. Calon BN adalah En. William @ Nyallau Badak, Nicholas Bawin (PKR) dan Larry Sng (SWP)

Thursday 18 April 2013

VIDEO HANGAT! YB CHONG CHIEN JIEN PUN SAYANG YAB KETUA MENTERI. - Edisi dalam hati ada taman.

Walaupun selalu nak kutuk , YB Chong Chien Jien sememangnya sayang jugak kat YAB Ketua Menteri! Perkara ni telah terbukti apabila YB Chong pada 16 April 2013 telah bersusah payah datang ke Wisma Bapa Malaysia di dalam keadaan panas terik semata-mata nak berikan kek kepada YAB Ketua Menteri. 

Majlis penghantaran kek tersebut telah disambut oleh sekumpulan pemuda gagah daripada Pemuda BN yang  dengan penuh budi bahasanya menerima kek tersebut. Kumpulan Pemuda BN tersebut juga telah memberi baju t-shirt 'We Love CM' dan diterima dengan penuh terharu dan berbangga oleh YB Chong!

Mari ler tengok klip video yang terhangat nih!


Walaupun niat nak hantar kek tu ada niat terkutuk, tapi cara sambutan daripada Pemuda BN amat dipuji. YB Chong patut sedar bahawa politik kasar dan kurang ajar tidak disukai oleh orang Sarawak! Jangan nak menjaja cara politik kotor di Negeri Sarawak. Sedarlah YB Chong bahawa anda adalah seorang YB kelahiran Negeri Sarawak. Adat resam, budi bahasa dan tatasusila orang Sarawak sepatutnya pihak YB hormati. Jangan nak terhegeh-hegeh nak bawak budaya politik yang bukan melambangkan budaya orang Sarawak ke sini. Kita sepatutnya bangga bahawa kita mengamalkan politik 'gentleman' dan bermaruah!

* Hidup Ngap Sayot! Tiba-tiba bersemangat!

Tuesday 16 April 2013

SENARAI PENUH CALON BN SARAWAK BAGI PRU-13!

Berikut merupakan senarai penuh BN bagi PRU-13 yang telah diumumkan oleh YAB Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak :

P.192 Mas Gading :
Nogeh ak Gumbek

P.193 Santubong :
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

P.194 Petra Jaya :
Datuk Hj Fadillah bin Hj Yusof

P.195 Bandar Kuching :
Tan Kai

P.196 Stampin :
Dato' Yong Khoon Hian @ Yong Khoon Seng

P.197 Kota Samarahan
Rubiah bt. Wang 

P.198 Mambong
Dato' Dr. James Dawos Mamit

P.199 Serian
Datuk Riot ak Jaem

P.200 Batang Sadong
Puan Hajah Nancy bt. Hj Shukri

P.201 Batang Lupar
Datuk Hjh. Rohani bt. Hj Abd. Karim

P.202 Sri Aman
Masir ak Kujat

P.203 Lubok Antu
William @ Nyallau Badak

P.204 Betong
Dato' Sri Douglas Uggah Embas

P.205 Saratok
Tan Sri William Mawan Ikom

P.206 Tanjong Manis
Datuk Hjh Norah bt Abdul Rahman

P.207 Igan
Datuk Hj. Wahab b. Hj. Dolah

P.208 Sarikei
Ding Kuong Hiing

P.209 Julau
Dato' Joseph Salang ak Gandum

P.210 Kanowit
Datuk Aaron Ago ak Dagang

P.211 Lanang
Datuk Tiong Thai King

P.212 Sibu
Lau Lee Ming

P.213 Mukah
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah

P.214 Selangau
Datuk Joseph Entulu ak Belaun

P.215 Kapit
Datuk Alexender Nanta Linggi

P.216 Hulu Rajang
Ugak ak Kumbong

P.217 Bintulu
Dato' Sri Tiong King Sing

P.218 Sibuti
Ahmad Lai bin Bujang

P.219 Miri
Datuk Sebastian Ting Chew Yiew

P.220 Baram
Anyi Ngau

P.221 Limbang
Hasbi bin Habibollah

P.222 Lawas
Dato' Henry Sum Agong

Saturday 13 April 2013

Anwar Ibrahim Gunakan DS Najib dan Taib Mahmud Sembunyikan Kekayaan Diri Sendiri!



Di dalam ceramah Anwar Ibrahim di seluruh negara, beliau telah 'menjaja' dakwaan bahawa DS Najib dan Taib Mahmud telah mengkayakan diri sendiri dengan menyalahgunakan kuasa. Tetapi rakyat biasa tidak mengetahui bahawa Anwar Ibrahim disebalik lakonan beliau taraf A++  telah turut mengumpul hartanya sendiri. Tetapi pengumpulan harta beliau adalah dengan bersengkokol dengan penyangak antarabangsa dan Yahudi Zionis keparat.

Maklumat ni bukan daripada sumber biasa tetapi daripada sumber Wikileaks.


“Wikileaks reveals Anwar’s wealth derived from various sources. Among them are the FBI, CIA, Mossad, MI5, Israeli National Bank, Citibank and others”.
1. Name : Mr Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : DD-2141-7922-549-F
Amount : USD $ 10,000,000.00
Date of opening account : 21/04/97
Date of Maturity : 21/04/99
2. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : United Overseas Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : M-3914-7179-212-D
Amount : S $ 5,500,000.00
Date of opening account : 28/05/97
Date of Maturity : 28/05/99
3. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Development Bank of Singapore
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : B 1712-341-619-C
Amount : S $ 8,000,000.00
Date of opening account : 29/06/97
Date of Maturity : 29/06/99
4. Name: Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Bank of China
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : D 319-2218-512-J
Amount : USD 3,500,000.00
Date of opening account : 28/02/98
Date of Maturity : 28/02/01
5. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 374-6593-88 D
Amount : USD 4,000,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99
6. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : BD 5211-7925-8716-51 MA
Amount : USD 6,500,000.00
Date of opening account : 08/06/97
Date of Maturity : 08/06/99
7. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : E- 6654-662-719-M
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 09/07/96
Date of Maturity : 09/07/99
8. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : American Express Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : J-5152-6161-311-D
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 24/01/97
Date of Maturity : 24/01/00
9. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : FG 3469-4462-9172 (DE)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 21/09/96
Date of Maturity : 21/09/99
10. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : H 7639-1722-5243 (MG)
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 09/06/97
Date of Maturity : 09/06/99
11. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
1 years
Account No : DC 7943-7716-2713 33 NB
Amount : S $ 7,500,000.00
Date of opening account : 10/12/97
Date of Maturity : 10/12/98
12. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : GH 1299-4166-339 A
Amount : S $ 5,000,000.00
Date of opening account : 11/06/97
Date of Maturity : 11/06/99
13. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : D 1471-3134-22 F
Amount : S $ 3,000,000.00
Date of opening account : 03/04/97
Date of Maturity : 03/04/99
14. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit
2 years
Account No : AB 7193-4111-331 (A)
Amount : S $ 6,000,000.00
Date of opening account : 20/12/96
Date of Maturity : 20/12/98
15. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency
3 years
Account No : FA 9132-3156-212 E
Amount : USD 7,000,000.00
Date of opening account : 11/04/96
Date of Maturity : 11/04/99
16. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 6,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99
17. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Citibank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : M 819-5512-71 D
Amount : USD 5,000,000.00
Date of opening account : 06/05/97
Date of Maturity : 06/05/99
18. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit
3 years
Account No : GM 5210-6125-8862-49 DG
Amount : S $ 6,000,000.00
Date of opening account : 10/04/96
Date of Maturity : 10/04/99
19. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : HD 4179-2416-3829-31AD
Amount : USD 5,500,000.00
Date of opening account : 21/12/96
Date of Maturity : 21/12/98
20. Name : Mr. Anwar bin Ibrahim
Post : Deputy Prime Minister
Passport No. : D 283767 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
2 years
Account No : SD 3912-4942-6918-72 DA
Amount : S $ 8,000,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/98
* Bagi penyokong Anwar Ibrahim tu, patutnya berfikir 10x sebelum nak bagi derma dengan pelakon taraf cerita BF!

RAFIZI MENGAKU KALAH, KURANG ILMU



ANGKAT BAKUL DIRI SENDIRI; GAGAL JAWAB ISU
Artikel Mymassa ini http://mymassa.blogspot.com/2013/04/rafizi-diberhentikan-di-petronas-kerana.html  mendapat jawapan helah belah diri di sini http://rafiziramli.com/2013/04/perletakan-jawatan-petronas/

Rakan kami di Petaling Jaya memberitahu betapa Rafizi berbelah-bahagi samada mahu menjawab atau tidak isu yang kami bangkitkan. Akhirnya Rafizi bangun "mengetik" keyboard menjawab dengan penuh tekun, sayangnya Rafizi hanya menjawab isu dia diberhentikan di Petronas dengan mengangkat bakulnya sendiri, menunjukkan betapa buruknya sikap Rafizi ini.
RAFIZI MENGANGKAT BAKUL DENGAN KELULUSAN LOWER SECOND CLASS...KALAU DIA MOHON KERJA DI SYARIKAT CINA LAKU TAK ?

Rafizi tidak mampu menjawab dua lagi isu yang kami bangkitkan ini http://mymassa.blogspot.com/2013/04/bahagian-dua-rafizi-paksa-rakyat-beli.html dan juga ini http://mymassa.blogspot.com/2013/04/bahagian-tiga-rafizi-bina-kilang-besi.html.

Ini menunjukkan Rafizi yang mendapat Biasiswa Kerajaan Persekutuan untuk belajar dan bekerja juga dengan GLC Kerajaan Persekutuan, dengan kelulusan Lower Second Class (Jika di Universiti Malaya, hanya lebih kurang CGPA -+1.99 lebih sedikit sahaja), Gagal menjawab isu-isu Ekonomi di atas.  Barangkali Rafizi terpaksa mengadap Anwar lagi bagaimana mahu menjawab isu-isu berbangkit itu.

Jika bukan dengan "Ehsan" dan "Belas Kasihan" Kerajaan Persekutuan, Rafizi sudah pasti merempat mengemis mencari kerja di syarikat-syarikat Cina. Nasib baiklah Kerajaan Persekutuan memberi peluang belas kasihan kepadanya di Petronas dan Pharmaniaga.

Mengapa Rafizi gagal menjawab dua isu besar di atas? Sebabnya mudah, Rafizi tidak mengetahui environment ekonomi dunia yang bergerak pantas. Jika hanya menggunakan pengalaman lama yang tidak berkembang dan statik, ianya pasti akan merosakkan elonomi dan bisnes dalam negara.

Anda Tweet Rafizi sekarang, pernahkah dia menghadiri Automotive Convention Circuit 2001 hingga 2013? Pernahkah Rafizi menghadiri National Automotive Market Seminar? Adakah Rafizi ahli kepada Used Car Dealer Convention? Jika anda membawa Rafizi ke NADA University dan dia membentangkan Plan Penurunan Harga kereta yang dibanggakannya itu, saya sangat yakin Negara kita akan ditertawakan oleh peserta seminar!

Kita minta sahaja Rafizi membentangkan tajuk "Sales Trend" di Malaysia, saya gerenti Rafizi yang hanya lulus Lower Second Class pasti terduduk dan malu!

Di Malaysia, Rafizi bolehlah mengangkat Bakulnya sendiri!

Saya belum lagi bercakap tentang Industry Relations, Legal Affairs dan sebagainya.

Saya kadangkala ketawa sendiri, Rafizi bila bercakap bab ekonomi, seperti "Membeli Pisang Goreng" di warung Mak Nyah? 

Terima kasih kepada mymassa kerana menyiarkan artikel-artikel saya.(R.R.Kevin ,Kuala Lumpur)

Agen Negara Asing Di Kesan Di Ceramah Anwar Ibrahim di Kuching, Sarawak?

Seorang warga asing telah dikesan mengikuti Anwar Ibrahim di sepanjang siri ceramah Anwar Ibrahim di Kuching, Sarawak. Warga asing tersebut telah mula dikesan berada bersama Anwar Ibrahim di ceramah beliau di Siburan. Di dalam ceramah beliau di Maong Bazaar, kelibat warga asing tersebut tidak kelihat mungkin kerana kehadiran penonton yang agak ramai. Tetapi warga asing tersebut dikesan semula kehadirannya semasa ceramah Anwar Ibrahim di Bandar Baru Samariang.





Persoalan disini ialah siapakah warga asing tersebut? Apakah perkara yang dilakukan oleh beliau semasa ceramah Anwar Ibrahim? Apakah peranan beliau di dalam penganjuran ceramah tersebut? Dan persoalan yang paling penting, apakah kaitan beliau dengan Anwar Ibrahim?




Perkara ini perlu dilihat dengan lebih serius oleh pihak keselamatan bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini kepada negara kita.

ANWAR IBRAHIM DEDAHKAN MACAI PEMBOCOR RAHSIA KERAJAAN DAN PEMBELOT NEGARA!

Di dalam keghairahan Anuwar Ibrahim hendak menagih simpati bagi memastikan angan-angannya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7, kerakusannya sendiri telah memberi malapetaka kepada orang suruhannya sendiri. Di dalam ceramah di Bandar Baru Semariang pada 11 April 2013 lepas, beliau telah memaklumkan kepada semua penonton aksi badut beliau bahawa bekas-bekas pegawai tentera yang telah menyertai beliau di dalam PKR adalah pembocor rahsia kerajaan dan pembelot negara.

Pengkhianat negara tersebut telah memberikan maklumat kepada Anuwar Ibrahim dan telah juga telah dimanipulasikan oleh beliau untuk tentang rahsia yang berkaitan dengan peralatan ketenteraan. Adakah kerana kuasa dan wang mereka pengkhianat ini sanggup melanggar sumpah setia mereka kepada negara. Adakah kerana perasaan tidak puas hati mereka mereka sanggup mengadaikan maruah dan membiarkan kedaulatan negara diperdagangkan?


Rakyat di negara ini dan di Negeri Sarawak khususnya perlu sedar bahawa sekiranya golongan yang bersekongkol dengan kumpulan Anuwar Ibrahim dengan senang sahaja melupakan sumpah taat setia mereka kepada negara, tentulah lebih mudah mereka melupakan tanggungjawab mereka kepada kebajikan rakyat biasa. Jika maruah dan harga sanggup mereka gadaikan kerana wang dan harta, tentulah  kedaulatan negara kita yang kita pertahankan selama ini senang sahaja mereka lepaskan.

Inikah pemimpin yang kita inginkan? Jangan kerana kita terpegun dengan kepetahan si Anuwar Ibrahim, kita tidak melihat adanya pembohongan yang secara senyap melenyapkan masa depan kita di negara yang bertuah ini. Jangan kita tertipu dengan pembohongan yang sentiasa dijaja disana-sini.

*Pastikan si Anuwar Ibrahim nih takkan jadi Perdana Menteri.

Tuesday 26 March 2013

SERANGAN PENGGANAS DI LAHAD DATU - MYMASSA Dedah SMS Individu Pembangkang Kepada Pengganas Sulu

Melalui maklumat daripada blog MYMASSA telah mendapati terdapatnya individu pembangkang yang telah membuat perhubungan dan perundingan yang menjurus kepada pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Jika perkara ini adalah benar, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap individu pembangkang yang secara jelas mengadaikan negara kepada pihak asing untuk kepentingan sendiri. 

PERKARA INI TIDAK BOLEH DI BIARKAN BEGITU SAHAJA! PENGKHIANAT NEGARA PERLU DI HUKUM!

 ___________________________________________

 

BREAKING NEWS LAHAD DATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN


SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF. 

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Nota : Kami bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Ke Atas Penglibatan Anwar Ibrahim dalam Pencerobohan Militan Kiram di Lahad Datu ditubuhkan! Kami memohon maaf kepada pasukan keselamatan, bukan kami hendak mendahului, kami hanya mahu memberikan segmen Bukan Tentera/Bukan Polis.

Kedua, kami menyeru supaya siasatan turut dibuat ke atas Lajim Ukin yang menerima wang rasuah sejumlah RM20 Juta dari Anwar Ibrahim semasa melompat parti. Selain daripada Lajim membeli surat penjara Anwar secara "Cash" bernilai RM50,000, wang selebihnya yang sangat besar itu dipercayai diberikan  kepada sel-sel Militan Kiram melalui anak Lajim. Kami mendapat maklumat Lajim turut dipergunakan Anwar!

Bersambung...(Kepada pembaca mymassa, jika anda mahu kami postkan salah satu sms Individu Pembangkang Malaysia itu, kami masih berfikir ianya mesti didedahkan kepada RCI, tetapi jika anda mendesak, kami akan memutuskan. Terima kasih).


Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2013/03/breaking-news-lahad-datu-sms-individu.html

Rajang Area Security Command (RASCOM) - Model dan legasi bagi East Sabah Security Command (ESSCOM)


Kejadian pencerobohan Pengganas Sulu dari Filipina yang telah mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia telah membuka mata kepada tahap keselamatan di sekitar kawasan timur Sabah yang berdekatan dengan sempadan negara Filipina dan Indonesia. Keadaan dan keluasan sempadan maritim di kawasan tersebut telah menyebabkan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dan aktiviti - aktiviti penyeludupan agak sukar di kawal.

Akibat peristiwa serangan pengganas di Lahad Datu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pada 7 Mac 2013 tentang penubuhan satu kawasan keselamatan khas yang dikenali sebagai 'East Sabah Security Command' atau ESSCOM. Konsep penubuhan dan pengoperasian ESSCOM ini telah mengambil pendekatan yang mirip kepada 'Rajang Area Security Command' atau RASCOM yang telah diwujudkan di Negeri Sarawak pada tahun 1972 untuk menewaskan ancaman gerakan komunis.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJWPOr0GDFNJhmbsviDKzONHcpK3zexr0aMw9ZvHGvO9gzxZunXSZIWzcyolsU7qXWn6oewP2xGddHuaLKpKiE37MKRzBpFUV8oqQwSRLABgvdqMDEpjGxe5NOeOXQgkQ5xIV5PEM698U/s1600/esscom.png
Sehubungan dengan itu, disini akan diterangkan secara ringkas tetapi padat berkenaan sejarah penubuhan RASCOM di dalam memastikan integriti dan keutuhan keselamatan negara sentiasa dipelihara.

Sejarah Penubuhan RASCOM

Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang "Rajang Area Security Command" (RASCOM) secara rasminya ditubuhkan pada 25 Mac 1972. Penubuhannya berlandaskan kepada beberapa insiden pembunuhan, kekacauan dan pemusnahan harta awam oleh komunis di Bahagian Ke-3 Sarawak oleh ahli-ahli Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (BKPKKU).

Ekoran dari itu, satu Surat Arahan bertarikh 1 April 1972 telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Ke-2, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein yang juga Pengerusi Keselamatan Negara bagi menubuhkan 3rd Division Area Security Command (3rd DASC) yang mana beribu pejabat di Sibu, untuk menangani masalah keselamatan akibat daripada keadaan genting di kawasan Lembah Rajang yang sentiasa diancam oleh ahli-ahli BKPKKU.

Kawasan Operasi RASCOM meliputi keseluruhan Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit. RASCOM dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk memulih serta mengekal keselamatan dan keamanan di bahagian-bahagian berkenaan sejajar dengan Arahan No.4 yang dikeluarkan oleh MAGERAN / MKN demi kelicinan dan keberkesanan pentadbiaran serta perjalanan jentera kerajaan amnya dan Kerajaan Negeri Sarawak khususnya.


Struktur Organisasi RASCOM

RASCOM merupakan sebuah organisasi yang unik di mana pegawai dan kakitangannya bukan sahaja terdiri daripada anggota-anggota tentera tetapi juga pihak awam dan polis. Kesemua mereka ini berkhidmat secara koordinasi di bawah satu bumbung yang sama dan mempunyai objektif yang sama iaitu dipertanggungjawabkan untuk secara khusus membenteras dan menghapuskan ancaman komunis di Negeri Sarawak.

Secara umum, RASCOM diketuai oleh YAB Ketua Menteri Sarawak selaku Pengarah Gerakan yang mana bertanggungjawab mengkoordinasi dan mengawal fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan dengan pejabat-pejabat awam dalam bahagian liputan RASCOM. Dalam menjalankan fungsi tersebut, ianya tertakluk kepada arahan PPSR/Public Security Ordinance, Sarawak 1962 dan Interal Security Act 1960 dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan dibawah akta-akta berkenaan. Selain daripada itu, Ketua Menteri selaku Pengarah Operasi Negeri juga perlu bergantung kepada arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, segala aktiviti harian organisasi RASCOM di deligasikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik dari kalangan Pegawai Tadbir Kanan Negeri Sarawak secara pinjaman. Selama tempoh kewujudan RASCOM, antara yang pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya ialah :

  1. Datuk Yao Ping Hwa
  2. Tan Sri Wan Sidek bin Haji Wan Abdul Rahman
  3. Encik Abang Mohammed Sarkawi
  4. Datuk Ignatius L. Angking
  5. Encik William Tan Tieng Kee
  6. Encik Abd. Kadir bin Abdullah
  7. Encik Paul Chieng Ung Yew
  8. Encik Empeni Lang
  9. Encik Leo Jana Etin

Dalam melaksanakan tugas-tugasnya, Ketua Pegawai Eksekutif adalah dibantu oleh Panglima Pasukan Keselamatan RASCOM, Ketua Pegawai Turus (Awam), Ketua Pegawai Turus (Polis) dan Ketua Pegawai Turus (Tentera). Dalam hubungan diatas, secara langsung Panglima Pasukan RASCOM bertanggungjawab di dalam pelaksanaan gerakan pasukan keselamatan di kawasan liputan RASCOM dan bertindak sebagai penasihat utama gerakan pasukan keselamatan kepada Pengarah Gerakan Negeri.

Dalam rangka pelaksanaan pentadbirannya, RASCOM menggunakan sistem jawatankuasa di mana ianya mempunyai tiga jawatankuasa utama seperti :

  1. Jawatankuasa RASCOM yang dipengerusikan oleh Ketua Pengawai Eksekutif dengan bidang tugasnya adalah bagi mengubal segala dasar bersabit dengan aktiviti - aktiviti.
  2. Jawatankuasa Perancang Gerakan yang dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Keselamatan RASCOM dengan bidang tugasnya bagi merancangan gerakan-gerakan di kawasan RASCOM.
  3. Jawatankuasa Perangsaraf yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Turus (Awam) dengan bidang tugasnya bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan segala kegiatan perangsaraf dan geraksaraf.

Pembubaran RASCOM

Melalui usaha gigih dengan penuh komitmen yang jitu di kalangan anggota RASCOM dan dibantu oleh kerajaan pusat serta negeri, kewujudan RASCOM berjaya memenuhi inspirasi, tugas dan tanggungjawab dalam menghakis ancaman komunis di Sarawak.

Ancaman dan ideologi komunis di bumi Sarawak mulai reda sekitar akhir tahun 1980 dan kebanyakkan bekas-bekas komunis telah kembali ke pangkuan masyarakat selepas berlakunya penyerahan atau perletakan senjata seperti yang dilakukan dalam tiga tahap iaitu penyerahan seramai 585 ahli BKPKKU yang diketuai oleh Bong Kee Chok dalam Operasi Sri Aman  pada tahun 1973, kemudian pada tahun 1986 yang diketuai oleh Ubong anak Nuing beserta 40 orang ahlinya dan pada tahun 1990 pula seramai 53 orang.

Jesteru itu pada 17 Oktober 1990 menyaksikan detik baru sejarah negara di mana termeterainya penyataan  bersama oleh Kerajaan Malaysia dan BKPKKU sebagi satu perjanjian keamanan dan pendamaian, ancaman dan ideologi komunis. Penyataan ini disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dan Ketua BKPKKU iaitu Hung Chu Ting di Bangunan Tuanku Abdul Rahman, Petra Jaya, Kuching. Secara rasminya RASCOM dibubarkan mengikut Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 November 1994 dan semua operasi keselamatan di Negeri Sarawak diselaraskan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun demikian kewujudan RASCOM harus diingati dan perlu dijadikan model dalam mengatasi sebarang masalah yang berkait rapat dengan sesuatu ideologi yang bertentangan dengan ideologi yang diamalkan oleh negara kita.


Wednesday 20 March 2013

UPDATE LAHAD DATU - Pengganas Kiram Azumudie Di Bunuh Pengikut Sendiri?

Maklumat daripada rakan blogger, www.mymassa.blogspot.com telah menyatakan bahawa Ketua Pengganas Sulu yang mendarat dan menyerang anggota keselamatan Malaysia telah dipercayai di bunuh oleh pengikut beliau sendiri. Kejadian ini dikatakan berlaku hasil daripada operasi dan kepungan anggota keselamatan Malaysia di sekitar kawasan yang bergolak di Lahad Datu.

Daripada maklumat yang diterima juga, sebelum kematian Azumudie, anggota pengganas yang hendak menyerah diri telah turut ditembak oleh pengawal elit Azumudie.

Laporan terperinci boleh di baca di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/03/berita-terkinipengganas-kiram-azumudie.html

*semoga pencerobohan ini akan tamat secepat mungkin.

Monday 18 March 2013

PARTI SWP 'MENGKUDAKAN' KAUM DAYAK UNTUK KEPENTINGAN KELUARGA SNG! - Bakal Calon P.202 Sri Aman Keluar Parti

Bakal calon yang dikatakan akan bertanding di kawasan parlimen P.202 Sri Aman, Andy Lawrence telah mengisytiharkan keluar Parti SWP dengan alasan untuk menumpukan kepada karier beliau sebagai seorang jurutera.

Walaupun begitu, beliau juga memaklumkan keputusan untuk meninggalkan parti tersebut juga adalah disebabkan oleh perkara yang berlaku di dalam Parti SWP yang dilihatnya hanya mempergunakan kaum dayak untuk kepentingan dan 'survival' keluarga Sng! Beliau juga enggan terlibat di dalam tindakan yang boleh menyebabkan politik dan ekonomi kaum Dayak disabotaj kerana kepentingan keluarga tersebut.

Parti SWP dikatakan akan bertanding di enam kawasan parlimen yang turut ditandingi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS). Kawasan yang bakal ditandingi adalah majoriti di diami oleh kaum keturunan Dayak. Parti SWP dilihat hanya berminat untuk bertanding di kawasan yang ditandingi Parti PRS disebabkan oleh 'dendam' keluarga Sng terhadap Presiden Parti PRS, Tan Sri James Jemut Masing.

* Jangan banyak gilak nak pebulak!

Saturday 16 March 2013

UPDATE LAHAD DATU - Serangan Pengganas Di Lahad Datu Di Bantu Oleh Kuasa Asing!

Berdasarkan kepada maklumat daripada www.mymassa.blogspot.com dan http://borneoinsider.com/ telah mendedahkan terdapatnya kaitan serangan pengganas di Lahad Datu dengan bantuan kuasa asing di dalam mencetuskan huru-hara di negara ini.

Perkara ini kita boleh lihat terjadi di beberapa negara di mana kumpulan yang menentang kerajaan telah dibantu oleh kuasa asing dengan pelbagai cara termasuk penentangan menggunakan senjata. Dunia telah mejadi saksi negara-negara seperti Mesir, Syria, Yaman dan pelbagai lagi negara telah jatuh kepada keadaan huru-hara sehingga memusnahkan negara tersebut secara sendirinya tanpa sebarang 'invasion' secara fisikal.

Malaysia juga tidak terkecuali. Gerakan-gerakan anti kerajaan yang dilihat lebih kurang sama dengan gerakan menjatuhkan kerajaan negara lain telah diadakan tetapi mengunakan gerakan 'kuasa rakyat' atau 'people power'. Tetapi gerakan ini telah diuruskan dengan baik dan bijak oleh pihak kerajaan sehinggakan gerakan ini semakin kurang mendapat sokongan rakyat.

Mungkin akibat daripada kegagalan gerakan tersebut, kuasa asing dan proksinya di dalam negara ini terpaksa menggunakan pendekatan yang lebih radikal dengan menggunakan entiti luar negara yang boleh memberi impak negatif kepada kestabilan dan keselamatan negara. Penglibatan proksi dalam negara ini di dalam serangan pengganas di Lahad Datu turut telah didedahkan oleh media massa luar negara termasuk Reuters.

Pelbagai pendedahan ini termasuk pendedahan pengganas mendapat bantuan kewangan, persenjataan dan latihan perlu diambil tindakan serius oleh pihak kerajaan. Ini adalah untuk menggelakkan negara kita mendapat nasib yang sama seperti di Mesir dan Syria.

HANTU BONCENG PART 2 - U Tanya I Saman!

Selepas keluarnya video 'Hantu Bonceng' yang didakwa dibintangi oleh seorang pemimpin pembangkang paling popular di Malaysia ( mungkin boleh mengalahkan Fahrin Ahmad ), kita dikejutlan lagi dengan keluarnya satu lagi video 'panas'!

Adakah video ini akan 'menaikkan' atau 'menurunkan' populariti pemimpin pembangkang tersebut dan membolehkan beliau mendapatkan 'impian' beliau untuk mendiami sebuah singgahsana di Putrajaya.

Sama-sama kita nantikan komen-komen pengkiritk filem genre berkenaan.

* tunggggguuuuuuu .....



Tuesday 12 March 2013

Ucapan Terakhir Seorang Perwira

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya itu dapat digambarkan kepada perasaan ibu dan bapa serta ahli keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail,24 yang telah terkorban ketika bertempur dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu.

Bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 55 telah menunjukkan mesej pesanan ringkas yang telah dihantar oleh oleh anaknya yang berbunyi 'salam abah, ma doa la orng selamat ... era'.

Allahyarham yang bertugas di Rejimen Ketujuh Askar Melayu Di Raja yang berpengkalan di Tawau akan diterbangkan balik ke Pasir Emas, Kelantan pada jam 4.00 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada jam 8.00 pagi.

Al-Fatihah.

UPDATE LAHAD DATU - Jenazah Anggota Keselamatan Di Terbangkan Balik Ke Kota Bharu, Kelantan.


Jenazah Prebet Mohd Hurairah Ismail  di jangka dterbangkan ke kampung halaman beliau di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan pada hari Rabu, jam 4.00 pagi dari Lapangan Terbang Tawau. Penerbangan tersebut di jangka akan tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada jam 8.00 pagi.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


UPDATE LAHAD DATU : Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terbunuh


Seorang lagi anggota keselamatan yang terlibat didalam Operasi Daulat di kawasan Lahad Datu telah terbunuh setelah dikatakan diserang hendap oleh pengganas Sulu. Perkara ini telah disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Kejadian ini telah dikatakan berlaku di Kampung Sungai Nyamuk pada jam 10.45 pagi. Di dalam kejadian yang sama tiga orang pengganas turut terbunuh. Dua orang pengganas dilaporkan cedera tetapi dapat melarikan diri.

Kejadian menjadikan 9 orang anggota keselamatan negara telah gugur di dalam mempertahankan dan menjaga keamanan negara di dalam Operasi Daulat.

Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada wira-wira kita yang telah terkorban dan berdoa semoga keadaan ini akan menjadi lebih baik.

p.s : Masih ingat benda ni masih lagi sandiwara ke? Anak sapa ntah yang kurang siuman yang cakap macam tu.

Monday 11 March 2013

BERITA BAIK KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Penjawat Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan - Najib

 

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini, Isnin.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).

Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.

Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan.

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menambah baik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

"Ia akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak. Kriteria penilaian kecemerlangan penjawat awam yang menjadi asas pertimbangan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat itu akan dimuktamadkan bersama dengan semua pihak berkepentingan," katanya.

Beliau berkata kerajaan secara prinsipnya turut bersetuju bagi melunaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

"Kaedah pelaksanaannya termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru tersebut akan diperincikan sebelum dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah mula mengadakan perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan yang terlibat bagi penambahbaikan 22 skim perkhidmatan yang berkaitan daripada segi perluasan skop, fungsi dan tugas sewajarnya.

"Skim perkhidmatan dalam kelompok gred jawatan dan gred gaji satu hingga sepuluh akan dinaik taraf ke gred jawatan atau gred gaji yang setaraf dengan kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Skim perkhidmatan yang terlibat antaranya ialah Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan dan Tukang K3.

"Dengan penambahbaikan skim perkhidmatan yang dijangka selesai akhir tahun ini, daripada segi jangka panjang seramai 166,541 penyandang akan menerima manfaat dari segi laluan kerjaya lebih baik dan peningkatan gred gaji," katanya.

Sementara itu, 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirundingkan semula dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan, melibatkan antaranya skim perkhidmatan Bakat, skim perkhidmatan Juruteknik, skim perkhidmatan Pegawai atau Penolong pegawai dan Pembantu Galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.

-- BERNAMA

UPDATE SERANGAN LAHAD DATU - Kampung Tanduo Kini Bersih Daripada Pengganas


Pihak Polis telah mengisytiharkan Kampung Tanduo, kawasan di mana berlakunya serangan Penganas Sulu kini telah bebas daripada ancaman pihak pengganas. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah, Datuk Hamza Taib. Walaubagaimanapun, penduduk masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Operasi sekarang adalah tertumpu kepada mencari dan mengeledah di kawasan kampung berdekatan iaitu Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis yang terletak 5km daripada Kampung Tanduo.

WIKILEAKS DEDAH ANWAR IBRAHIM BERJUMPA NUR MISUARI

Laman web Wikileaks telah mendedahkan bahawa Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari yang dilihat mempunyai peranan yang mendalam di dalam kejadian pencerobohan Penganas Sulu di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian enam anggota keselamatan Malaysia. Wikileaks juga telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah beberapa mengadakan perjumpaan dengan Nur Misuari.

Pendedahan ini menambahkan lagi persoalan didalam penglibatan Anwar Ibrahim selain daripada Tian Chua di dalam membantu Penganas Sulu didalam merancang serta  menyokong logistik serangan di Lahad Datu. 

p.s : Pak Nuar banyak sangat tengok cerita James Bond kot!

Friday 1 March 2013

SAPA CAKAP BR1M TAK BOLEH NAK TOLONG ORANG UNTUK SETAHUN.

Macam - macamlah orang nak menidakkan kebaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebab bantuan yang diberikan telah memberi kesan yang positif kepada usaha transformasi yang telah dibawa oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sekarang ni plak asyik-asyik cakap tentang duit RM500 tak cukup setahun. Tapi gambar diatas tu boleh menerangkan segala-segalanya.

*Kalau masih tak cukup, mungkin kita perlu melihat tahap kesyukuran kepada nikmat yang Allah bagikan kepada kita.

Blog Archive