Followers

Tuesday 26 March 2013

SERANGAN PENGGANAS DI LAHAD DATU - MYMASSA Dedah SMS Individu Pembangkang Kepada Pengganas Sulu

Melalui maklumat daripada blog MYMASSA telah mendapati terdapatnya individu pembangkang yang telah membuat perhubungan dan perundingan yang menjurus kepada pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Jika perkara ini adalah benar, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap individu pembangkang yang secara jelas mengadaikan negara kepada pihak asing untuk kepentingan sendiri. 

PERKARA INI TIDAK BOLEH DI BIARKAN BEGITU SAHAJA! PENGKHIANAT NEGARA PERLU DI HUKUM!

 ___________________________________________

 

BREAKING NEWS LAHAD DATU : SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN


SANGAT MENGEJUTKAN! Rupa-rupanya perancangan "mereka" bukan setakat memberi wang dan menghuru-harakan negara tetapi lebih dari itu. Kami sungguh terkejut.

Penemuan terbaru kami mendapati Individu Pembangkang bukan sahaja menyalurkan sejumlah wang yang besar kepada Militan Kiram, tetapi juga kami mendapat petunjuk baru yang amat-amat 'berat' di mana Individu Pembangkang turut menjanjikan beberapa perkara lain.

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :

1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF. 

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.

Nota : Kami bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Ke Atas Penglibatan Anwar Ibrahim dalam Pencerobohan Militan Kiram di Lahad Datu ditubuhkan! Kami memohon maaf kepada pasukan keselamatan, bukan kami hendak mendahului, kami hanya mahu memberikan segmen Bukan Tentera/Bukan Polis.

Kedua, kami menyeru supaya siasatan turut dibuat ke atas Lajim Ukin yang menerima wang rasuah sejumlah RM20 Juta dari Anwar Ibrahim semasa melompat parti. Selain daripada Lajim membeli surat penjara Anwar secara "Cash" bernilai RM50,000, wang selebihnya yang sangat besar itu dipercayai diberikan  kepada sel-sel Militan Kiram melalui anak Lajim. Kami mendapat maklumat Lajim turut dipergunakan Anwar!

Bersambung...(Kepada pembaca mymassa, jika anda mahu kami postkan salah satu sms Individu Pembangkang Malaysia itu, kami masih berfikir ianya mesti didedahkan kepada RCI, tetapi jika anda mendesak, kami akan memutuskan. Terima kasih).


Sumber : http://mymassa.blogspot.com/2013/03/breaking-news-lahad-datu-sms-individu.html

Rajang Area Security Command (RASCOM) - Model dan legasi bagi East Sabah Security Command (ESSCOM)


Kejadian pencerobohan Pengganas Sulu dari Filipina yang telah mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia telah membuka mata kepada tahap keselamatan di sekitar kawasan timur Sabah yang berdekatan dengan sempadan negara Filipina dan Indonesia. Keadaan dan keluasan sempadan maritim di kawasan tersebut telah menyebabkan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dan aktiviti - aktiviti penyeludupan agak sukar di kawal.

Akibat peristiwa serangan pengganas di Lahad Datu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pada 7 Mac 2013 tentang penubuhan satu kawasan keselamatan khas yang dikenali sebagai 'East Sabah Security Command' atau ESSCOM. Konsep penubuhan dan pengoperasian ESSCOM ini telah mengambil pendekatan yang mirip kepada 'Rajang Area Security Command' atau RASCOM yang telah diwujudkan di Negeri Sarawak pada tahun 1972 untuk menewaskan ancaman gerakan komunis.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJWPOr0GDFNJhmbsviDKzONHcpK3zexr0aMw9ZvHGvO9gzxZunXSZIWzcyolsU7qXWn6oewP2xGddHuaLKpKiE37MKRzBpFUV8oqQwSRLABgvdqMDEpjGxe5NOeOXQgkQ5xIV5PEM698U/s1600/esscom.png
Sehubungan dengan itu, disini akan diterangkan secara ringkas tetapi padat berkenaan sejarah penubuhan RASCOM di dalam memastikan integriti dan keutuhan keselamatan negara sentiasa dipelihara.

Sejarah Penubuhan RASCOM

Pemerintahan Keselamatan Kawasan Rajang "Rajang Area Security Command" (RASCOM) secara rasminya ditubuhkan pada 25 Mac 1972. Penubuhannya berlandaskan kepada beberapa insiden pembunuhan, kekacauan dan pemusnahan harta awam oleh komunis di Bahagian Ke-3 Sarawak oleh ahli-ahli Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (BKPKKU).

Ekoran dari itu, satu Surat Arahan bertarikh 1 April 1972 telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Ke-2, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein yang juga Pengerusi Keselamatan Negara bagi menubuhkan 3rd Division Area Security Command (3rd DASC) yang mana beribu pejabat di Sibu, untuk menangani masalah keselamatan akibat daripada keadaan genting di kawasan Lembah Rajang yang sentiasa diancam oleh ahli-ahli BKPKKU.

Kawasan Operasi RASCOM meliputi keseluruhan Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit. RASCOM dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk memulih serta mengekal keselamatan dan keamanan di bahagian-bahagian berkenaan sejajar dengan Arahan No.4 yang dikeluarkan oleh MAGERAN / MKN demi kelicinan dan keberkesanan pentadbiaran serta perjalanan jentera kerajaan amnya dan Kerajaan Negeri Sarawak khususnya.


Struktur Organisasi RASCOM

RASCOM merupakan sebuah organisasi yang unik di mana pegawai dan kakitangannya bukan sahaja terdiri daripada anggota-anggota tentera tetapi juga pihak awam dan polis. Kesemua mereka ini berkhidmat secara koordinasi di bawah satu bumbung yang sama dan mempunyai objektif yang sama iaitu dipertanggungjawabkan untuk secara khusus membenteras dan menghapuskan ancaman komunis di Negeri Sarawak.

Secara umum, RASCOM diketuai oleh YAB Ketua Menteri Sarawak selaku Pengarah Gerakan yang mana bertanggungjawab mengkoordinasi dan mengawal fungsi dan aktiviti pasukan keselamatan dengan pejabat-pejabat awam dalam bahagian liputan RASCOM. Dalam menjalankan fungsi tersebut, ianya tertakluk kepada arahan PPSR/Public Security Ordinance, Sarawak 1962 dan Interal Security Act 1960 dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan dibawah akta-akta berkenaan. Selain daripada itu, Ketua Menteri selaku Pengarah Operasi Negeri juga perlu bergantung kepada arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, segala aktiviti harian organisasi RASCOM di deligasikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik dari kalangan Pegawai Tadbir Kanan Negeri Sarawak secara pinjaman. Selama tempoh kewujudan RASCOM, antara yang pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya ialah :

  1. Datuk Yao Ping Hwa
  2. Tan Sri Wan Sidek bin Haji Wan Abdul Rahman
  3. Encik Abang Mohammed Sarkawi
  4. Datuk Ignatius L. Angking
  5. Encik William Tan Tieng Kee
  6. Encik Abd. Kadir bin Abdullah
  7. Encik Paul Chieng Ung Yew
  8. Encik Empeni Lang
  9. Encik Leo Jana Etin

Dalam melaksanakan tugas-tugasnya, Ketua Pegawai Eksekutif adalah dibantu oleh Panglima Pasukan Keselamatan RASCOM, Ketua Pegawai Turus (Awam), Ketua Pegawai Turus (Polis) dan Ketua Pegawai Turus (Tentera). Dalam hubungan diatas, secara langsung Panglima Pasukan RASCOM bertanggungjawab di dalam pelaksanaan gerakan pasukan keselamatan di kawasan liputan RASCOM dan bertindak sebagai penasihat utama gerakan pasukan keselamatan kepada Pengarah Gerakan Negeri.

Dalam rangka pelaksanaan pentadbirannya, RASCOM menggunakan sistem jawatankuasa di mana ianya mempunyai tiga jawatankuasa utama seperti :

  1. Jawatankuasa RASCOM yang dipengerusikan oleh Ketua Pengawai Eksekutif dengan bidang tugasnya adalah bagi mengubal segala dasar bersabit dengan aktiviti - aktiviti.
  2. Jawatankuasa Perancang Gerakan yang dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Keselamatan RASCOM dengan bidang tugasnya bagi merancangan gerakan-gerakan di kawasan RASCOM.
  3. Jawatankuasa Perangsaraf yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Turus (Awam) dengan bidang tugasnya bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan segala kegiatan perangsaraf dan geraksaraf.

Pembubaran RASCOM

Melalui usaha gigih dengan penuh komitmen yang jitu di kalangan anggota RASCOM dan dibantu oleh kerajaan pusat serta negeri, kewujudan RASCOM berjaya memenuhi inspirasi, tugas dan tanggungjawab dalam menghakis ancaman komunis di Sarawak.

Ancaman dan ideologi komunis di bumi Sarawak mulai reda sekitar akhir tahun 1980 dan kebanyakkan bekas-bekas komunis telah kembali ke pangkuan masyarakat selepas berlakunya penyerahan atau perletakan senjata seperti yang dilakukan dalam tiga tahap iaitu penyerahan seramai 585 ahli BKPKKU yang diketuai oleh Bong Kee Chok dalam Operasi Sri Aman  pada tahun 1973, kemudian pada tahun 1986 yang diketuai oleh Ubong anak Nuing beserta 40 orang ahlinya dan pada tahun 1990 pula seramai 53 orang.

Jesteru itu pada 17 Oktober 1990 menyaksikan detik baru sejarah negara di mana termeterainya penyataan  bersama oleh Kerajaan Malaysia dan BKPKKU sebagi satu perjanjian keamanan dan pendamaian, ancaman dan ideologi komunis. Penyataan ini disaksikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dan Ketua BKPKKU iaitu Hung Chu Ting di Bangunan Tuanku Abdul Rahman, Petra Jaya, Kuching. Secara rasminya RASCOM dibubarkan mengikut Keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 November 1994 dan semua operasi keselamatan di Negeri Sarawak diselaraskan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Namun demikian kewujudan RASCOM harus diingati dan perlu dijadikan model dalam mengatasi sebarang masalah yang berkait rapat dengan sesuatu ideologi yang bertentangan dengan ideologi yang diamalkan oleh negara kita.


Wednesday 20 March 2013

UPDATE LAHAD DATU - Pengganas Kiram Azumudie Di Bunuh Pengikut Sendiri?

Maklumat daripada rakan blogger, www.mymassa.blogspot.com telah menyatakan bahawa Ketua Pengganas Sulu yang mendarat dan menyerang anggota keselamatan Malaysia telah dipercayai di bunuh oleh pengikut beliau sendiri. Kejadian ini dikatakan berlaku hasil daripada operasi dan kepungan anggota keselamatan Malaysia di sekitar kawasan yang bergolak di Lahad Datu.

Daripada maklumat yang diterima juga, sebelum kematian Azumudie, anggota pengganas yang hendak menyerah diri telah turut ditembak oleh pengawal elit Azumudie.

Laporan terperinci boleh di baca di sini http://mymassa.blogspot.com/2013/03/berita-terkinipengganas-kiram-azumudie.html

*semoga pencerobohan ini akan tamat secepat mungkin.

Monday 18 March 2013

PARTI SWP 'MENGKUDAKAN' KAUM DAYAK UNTUK KEPENTINGAN KELUARGA SNG! - Bakal Calon P.202 Sri Aman Keluar Parti

Bakal calon yang dikatakan akan bertanding di kawasan parlimen P.202 Sri Aman, Andy Lawrence telah mengisytiharkan keluar Parti SWP dengan alasan untuk menumpukan kepada karier beliau sebagai seorang jurutera.

Walaupun begitu, beliau juga memaklumkan keputusan untuk meninggalkan parti tersebut juga adalah disebabkan oleh perkara yang berlaku di dalam Parti SWP yang dilihatnya hanya mempergunakan kaum dayak untuk kepentingan dan 'survival' keluarga Sng! Beliau juga enggan terlibat di dalam tindakan yang boleh menyebabkan politik dan ekonomi kaum Dayak disabotaj kerana kepentingan keluarga tersebut.

Parti SWP dikatakan akan bertanding di enam kawasan parlimen yang turut ditandingi oleh Parti Rakyat Sarawak (PRS). Kawasan yang bakal ditandingi adalah majoriti di diami oleh kaum keturunan Dayak. Parti SWP dilihat hanya berminat untuk bertanding di kawasan yang ditandingi Parti PRS disebabkan oleh 'dendam' keluarga Sng terhadap Presiden Parti PRS, Tan Sri James Jemut Masing.

* Jangan banyak gilak nak pebulak!

Saturday 16 March 2013

UPDATE LAHAD DATU - Serangan Pengganas Di Lahad Datu Di Bantu Oleh Kuasa Asing!

Berdasarkan kepada maklumat daripada www.mymassa.blogspot.com dan http://borneoinsider.com/ telah mendedahkan terdapatnya kaitan serangan pengganas di Lahad Datu dengan bantuan kuasa asing di dalam mencetuskan huru-hara di negara ini.

Perkara ini kita boleh lihat terjadi di beberapa negara di mana kumpulan yang menentang kerajaan telah dibantu oleh kuasa asing dengan pelbagai cara termasuk penentangan menggunakan senjata. Dunia telah mejadi saksi negara-negara seperti Mesir, Syria, Yaman dan pelbagai lagi negara telah jatuh kepada keadaan huru-hara sehingga memusnahkan negara tersebut secara sendirinya tanpa sebarang 'invasion' secara fisikal.

Malaysia juga tidak terkecuali. Gerakan-gerakan anti kerajaan yang dilihat lebih kurang sama dengan gerakan menjatuhkan kerajaan negara lain telah diadakan tetapi mengunakan gerakan 'kuasa rakyat' atau 'people power'. Tetapi gerakan ini telah diuruskan dengan baik dan bijak oleh pihak kerajaan sehinggakan gerakan ini semakin kurang mendapat sokongan rakyat.

Mungkin akibat daripada kegagalan gerakan tersebut, kuasa asing dan proksinya di dalam negara ini terpaksa menggunakan pendekatan yang lebih radikal dengan menggunakan entiti luar negara yang boleh memberi impak negatif kepada kestabilan dan keselamatan negara. Penglibatan proksi dalam negara ini di dalam serangan pengganas di Lahad Datu turut telah didedahkan oleh media massa luar negara termasuk Reuters.

Pelbagai pendedahan ini termasuk pendedahan pengganas mendapat bantuan kewangan, persenjataan dan latihan perlu diambil tindakan serius oleh pihak kerajaan. Ini adalah untuk menggelakkan negara kita mendapat nasib yang sama seperti di Mesir dan Syria.

HANTU BONCENG PART 2 - U Tanya I Saman!

Selepas keluarnya video 'Hantu Bonceng' yang didakwa dibintangi oleh seorang pemimpin pembangkang paling popular di Malaysia ( mungkin boleh mengalahkan Fahrin Ahmad ), kita dikejutlan lagi dengan keluarnya satu lagi video 'panas'!

Adakah video ini akan 'menaikkan' atau 'menurunkan' populariti pemimpin pembangkang tersebut dan membolehkan beliau mendapatkan 'impian' beliau untuk mendiami sebuah singgahsana di Putrajaya.

Sama-sama kita nantikan komen-komen pengkiritk filem genre berkenaan.

* tunggggguuuuuuu .....



Tuesday 12 March 2013

Ucapan Terakhir Seorang Perwira

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya itu dapat digambarkan kepada perasaan ibu dan bapa serta ahli keluarga Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail,24 yang telah terkorban ketika bertempur dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu.

Bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 55 telah menunjukkan mesej pesanan ringkas yang telah dihantar oleh oleh anaknya yang berbunyi 'salam abah, ma doa la orng selamat ... era'.

Allahyarham yang bertugas di Rejimen Ketujuh Askar Melayu Di Raja yang berpengkalan di Tawau akan diterbangkan balik ke Pasir Emas, Kelantan pada jam 4.00 pagi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada jam 8.00 pagi.

Al-Fatihah.

UPDATE LAHAD DATU - Jenazah Anggota Keselamatan Di Terbangkan Balik Ke Kota Bharu, Kelantan.


Jenazah Prebet Mohd Hurairah Ismail  di jangka dterbangkan ke kampung halaman beliau di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan pada hari Rabu, jam 4.00 pagi dari Lapangan Terbang Tawau. Penerbangan tersebut di jangka akan tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada jam 8.00 pagi.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


UPDATE LAHAD DATU : Seorang Lagi Anggota Keselamatan Terbunuh


Seorang lagi anggota keselamatan yang terlibat didalam Operasi Daulat di kawasan Lahad Datu telah terbunuh setelah dikatakan diserang hendap oleh pengganas Sulu. Perkara ini telah disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Kejadian ini telah dikatakan berlaku di Kampung Sungai Nyamuk pada jam 10.45 pagi. Di dalam kejadian yang sama tiga orang pengganas turut terbunuh. Dua orang pengganas dilaporkan cedera tetapi dapat melarikan diri.

Kejadian menjadikan 9 orang anggota keselamatan negara telah gugur di dalam mempertahankan dan menjaga keamanan negara di dalam Operasi Daulat.

Marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada wira-wira kita yang telah terkorban dan berdoa semoga keadaan ini akan menjadi lebih baik.

p.s : Masih ingat benda ni masih lagi sandiwara ke? Anak sapa ntah yang kurang siuman yang cakap macam tu.

Monday 11 March 2013

BERITA BAIK KEPADA KAKITANGAN KERAJAAN

Penjawat Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan - Najib

 

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Kerajaan bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.

"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini, Isnin.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.

Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).

Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.

"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.

"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.

Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.

Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan.

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menambah baik pelaksanaan urusan kenaikan pangkat kumpulan pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

"Ia akan memanfaatkan lebih 17,000 penjawat awam yang layak. Kriteria penilaian kecemerlangan penjawat awam yang menjadi asas pertimbangan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh khidmat itu akan dimuktamadkan bersama dengan semua pihak berkepentingan," katanya.

Beliau berkata kerajaan secara prinsipnya turut bersetuju bagi melunaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi.

"Kaedah pelaksanaannya termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru tersebut akan diperincikan sebelum dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah mula mengadakan perbincangan dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan yang terlibat bagi penambahbaikan 22 skim perkhidmatan yang berkaitan daripada segi perluasan skop, fungsi dan tugas sewajarnya.

"Skim perkhidmatan dalam kelompok gred jawatan dan gred gaji satu hingga sepuluh akan dinaik taraf ke gred jawatan atau gred gaji yang setaraf dengan kelayakan masuk Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Skim perkhidmatan yang terlibat antaranya ialah Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan dan Tukang K3.

"Dengan penambahbaikan skim perkhidmatan yang dijangka selesai akhir tahun ini, daripada segi jangka panjang seramai 166,541 penyandang akan menerima manfaat dari segi laluan kerjaya lebih baik dan peningkatan gred gaji," katanya.

Sementara itu, 81 skim perkhidmatan yang telah ditambah baik tetapi tidak dapat dilaksanakan sebelum ini akan dirundingkan semula dengan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan, melibatkan antaranya skim perkhidmatan Bakat, skim perkhidmatan Juruteknik, skim perkhidmatan Pegawai atau Penolong pegawai dan Pembantu Galian serta skim perkhidmatan Tukang K1 serta K2.

-- BERNAMA

UPDATE SERANGAN LAHAD DATU - Kampung Tanduo Kini Bersih Daripada Pengganas


Pihak Polis telah mengisytiharkan Kampung Tanduo, kawasan di mana berlakunya serangan Penganas Sulu kini telah bebas daripada ancaman pihak pengganas. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah, Datuk Hamza Taib. Walaubagaimanapun, penduduk masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Operasi sekarang adalah tertumpu kepada mencari dan mengeledah di kawasan kampung berdekatan iaitu Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Bilis yang terletak 5km daripada Kampung Tanduo.

WIKILEAKS DEDAH ANWAR IBRAHIM BERJUMPA NUR MISUARI

Laman web Wikileaks telah mendedahkan bahawa Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari yang dilihat mempunyai peranan yang mendalam di dalam kejadian pencerobohan Penganas Sulu di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian enam anggota keselamatan Malaysia. Wikileaks juga telah mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim telah beberapa mengadakan perjumpaan dengan Nur Misuari.

Pendedahan ini menambahkan lagi persoalan didalam penglibatan Anwar Ibrahim selain daripada Tian Chua di dalam membantu Penganas Sulu didalam merancang serta  menyokong logistik serangan di Lahad Datu. 

p.s : Pak Nuar banyak sangat tengok cerita James Bond kot!

Friday 1 March 2013

SAPA CAKAP BR1M TAK BOLEH NAK TOLONG ORANG UNTUK SETAHUN.

Macam - macamlah orang nak menidakkan kebaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia sebab bantuan yang diberikan telah memberi kesan yang positif kepada usaha transformasi yang telah dibawa oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sekarang ni plak asyik-asyik cakap tentang duit RM500 tak cukup setahun. Tapi gambar diatas tu boleh menerangkan segala-segalanya.

*Kalau masih tak cukup, mungkin kita perlu melihat tahap kesyukuran kepada nikmat yang Allah bagikan kepada kita.