Followers

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Saturday, 27 April 2013

DAP SARAWAK Perlekeh SUMPAH LAKNAT!


Lihatlah kebiadapan dan kurang ajarnya parti komunis DAP Sarawak ni. Pihak DAP secara sengaja memasang poster ini semasa lawatan YAB Perdana Menteri ke Kuching hari ini. Semua orang sudah tahu bahawa YAB Perdana Menteri telah melafazkan sumpah laknat untuk menepis dakwaan pihak pembangkang bahawa beliau dan isteri beliau telah terlibat di dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia, Altantunya.




Bagi kita yang beragama Islam, sumpah laknat adalah sesuatu benda yang tidak boleh dimain-mainkan. Kesannya amatlah amat kita takuti. TAPI, DAP KOMUNIS TELAH MEMPERMAINKAN SUMPAH LAKNAT INI. Kalau dah berani nak perlekehkan sumpah laknat, bayangkan sahaja macam mana KOMUNIS DAP ini akan memperlekehkan agama Islam.

Semoga kumpulan penguatkuasa pilihanraya akan mengambil tindakan kepada poster BIADAP nih!

* UNDI DAP = SOKONG PERLEKEHKAN ISLAM!

Friday, 26 April 2013

VIDEO HANGAT! Karpal Singh 'DIHUMBAN' Penyokong Sendiri!

Agak terkejut bila mendapat video yang diberikan oleh rakan  melihat Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh telah 'dihumban' oleh penyokong mereka sendiri. Kita tahu ramai ahli DAP yang tak suka dengan Karpal Singh nih, tapi tak perlu lah nak humban-humban orang tua yang pakai kerusi roda. Kesian jugak lah tengok orang tua tu tersembam kat atas pentas.


Tapi kalau nak fikir balik, ni macam nak tagih simpati pun ada. Semua dah tahu sokongan kepada Pakatan Pembangkang semakin lama semakin kurang sebab diaorang nih dah sampai tahap merapu. Asyik nak salahkan BN tapi diaorang langsung tidak memberi apa-apa cadangan yang bernas untuk memajukan negara. Asyik-asyik demo .. asyik-asyik demo!

Gambar bawah ni pun mungkin nak mintak kesian jugak kot? Tapi Awangku harapkan semuanya kembali sihat dan tidak cedera teruk dalam melakukan 'stunt' masing-masing. Lagipun, kita semua hamba Allah yang serba kekurangan. Amin.




* Salam hari Jumaat!