Followers

Showing posts with label Taib Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Taib Mahmud. Show all posts

Thursday, 18 April 2013

VIDEO HANGAT! YB CHONG CHIEN JIEN PUN SAYANG YAB KETUA MENTERI. - Edisi dalam hati ada taman.

Walaupun selalu nak kutuk , YB Chong Chien Jien sememangnya sayang jugak kat YAB Ketua Menteri! Perkara ni telah terbukti apabila YB Chong pada 16 April 2013 telah bersusah payah datang ke Wisma Bapa Malaysia di dalam keadaan panas terik semata-mata nak berikan kek kepada YAB Ketua Menteri. 

Majlis penghantaran kek tersebut telah disambut oleh sekumpulan pemuda gagah daripada Pemuda BN yang  dengan penuh budi bahasanya menerima kek tersebut. Kumpulan Pemuda BN tersebut juga telah memberi baju t-shirt 'We Love CM' dan diterima dengan penuh terharu dan berbangga oleh YB Chong!

Mari ler tengok klip video yang terhangat nih!


Walaupun niat nak hantar kek tu ada niat terkutuk, tapi cara sambutan daripada Pemuda BN amat dipuji. YB Chong patut sedar bahawa politik kasar dan kurang ajar tidak disukai oleh orang Sarawak! Jangan nak menjaja cara politik kotor di Negeri Sarawak. Sedarlah YB Chong bahawa anda adalah seorang YB kelahiran Negeri Sarawak. Adat resam, budi bahasa dan tatasusila orang Sarawak sepatutnya pihak YB hormati. Jangan nak terhegeh-hegeh nak bawak budaya politik yang bukan melambangkan budaya orang Sarawak ke sini. Kita sepatutnya bangga bahawa kita mengamalkan politik 'gentleman' dan bermaruah!

* Hidup Ngap Sayot! Tiba-tiba bersemangat!

Tuesday, 16 April 2013

SENARAI PENUH CALON BN SARAWAK BAGI PRU-13!

Berikut merupakan senarai penuh BN bagi PRU-13 yang telah diumumkan oleh YAB Pehin Sri Ketua Menteri Sarawak :

P.192 Mas Gading :
Nogeh ak Gumbek

P.193 Santubong :
Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

P.194 Petra Jaya :
Datuk Hj Fadillah bin Hj Yusof

P.195 Bandar Kuching :
Tan Kai

P.196 Stampin :
Dato' Yong Khoon Hian @ Yong Khoon Seng

P.197 Kota Samarahan
Rubiah bt. Wang 

P.198 Mambong
Dato' Dr. James Dawos Mamit

P.199 Serian
Datuk Riot ak Jaem

P.200 Batang Sadong
Puan Hajah Nancy bt. Hj Shukri

P.201 Batang Lupar
Datuk Hjh. Rohani bt. Hj Abd. Karim

P.202 Sri Aman
Masir ak Kujat

P.203 Lubok Antu
William @ Nyallau Badak

P.204 Betong
Dato' Sri Douglas Uggah Embas

P.205 Saratok
Tan Sri William Mawan Ikom

P.206 Tanjong Manis
Datuk Hjh Norah bt Abdul Rahman

P.207 Igan
Datuk Hj. Wahab b. Hj. Dolah

P.208 Sarikei
Ding Kuong Hiing

P.209 Julau
Dato' Joseph Salang ak Gandum

P.210 Kanowit
Datuk Aaron Ago ak Dagang

P.211 Lanang
Datuk Tiong Thai King

P.212 Sibu
Lau Lee Ming

P.213 Mukah
Dato' Sri Dr. Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah

P.214 Selangau
Datuk Joseph Entulu ak Belaun

P.215 Kapit
Datuk Alexender Nanta Linggi

P.216 Hulu Rajang
Ugak ak Kumbong

P.217 Bintulu
Dato' Sri Tiong King Sing

P.218 Sibuti
Ahmad Lai bin Bujang

P.219 Miri
Datuk Sebastian Ting Chew Yiew

P.220 Baram
Anyi Ngau

P.221 Limbang
Hasbi bin Habibollah

P.222 Lawas
Dato' Henry Sum Agong