Followers

Wednesday 1 May 2013

TERKINI : Bapa Saiful Bukhari Buat Sidang Media Untuk Bertaubat Lagi?


Selepas 'bertaubat' dengan menyatakan dirinya diperguna oleh UMNO untuk berbohong di dalam kes yang melibatkan anaknya, Bapa Saiful Bukhari telah sekali lagi bertaubat dengan memohon maaf diatas ketelanjuran beliau di dalam bersekongkol dengan Ketua Umum Parti Kencingkan Rakyat (PKR).

Awangku telah dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa sidang media telah diadakan di Hotel Ibis Styles, Jalan C 180/1, Dataran C 180, 43200 Cheras dimana Bapa Saiful Bukhari akan memberikan kenyataan berkaitan isu berkenaan. Kalau nak baca lebih lanjut boleh baca kat blog otai http://www.papagomo.com/.

Dalam hal ini kita boleh lihat Anwar Ibrahim sanggup menggunakan segala cara untuk menyelamatkan dirinya daripada mendapat aib sekaligus melepaskan peluang beliau di dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7. Ada juga pihak telah menyatakan bahawa Bapa Saiful Bukhari telah dijanjikan sebanyak RM 1 Juta.



* Ada lagi ke orang nak percayakan si Bapa Saiful Bukhari nih .... dia tak panda menipu macam DSAI ....


Saturday 27 April 2013

DAP SARAWAK Perlekeh SUMPAH LAKNAT!


Lihatlah kebiadapan dan kurang ajarnya parti komunis DAP Sarawak ni. Pihak DAP secara sengaja memasang poster ini semasa lawatan YAB Perdana Menteri ke Kuching hari ini. Semua orang sudah tahu bahawa YAB Perdana Menteri telah melafazkan sumpah laknat untuk menepis dakwaan pihak pembangkang bahawa beliau dan isteri beliau telah terlibat di dalam kes pembunuhan warganegara Mongolia, Altantunya.




Bagi kita yang beragama Islam, sumpah laknat adalah sesuatu benda yang tidak boleh dimain-mainkan. Kesannya amatlah amat kita takuti. TAPI, DAP KOMUNIS TELAH MEMPERMAINKAN SUMPAH LAKNAT INI. Kalau dah berani nak perlekehkan sumpah laknat, bayangkan sahaja macam mana KOMUNIS DAP ini akan memperlekehkan agama Islam.

Semoga kumpulan penguatkuasa pilihanraya akan mengambil tindakan kepada poster BIADAP nih!

* UNDI DAP = SOKONG PERLEKEHKAN ISLAM!

Friday 26 April 2013

VIDEO HANGAT! Karpal Singh 'DIHUMBAN' Penyokong Sendiri!

Agak terkejut bila mendapat video yang diberikan oleh rakan  melihat Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh telah 'dihumban' oleh penyokong mereka sendiri. Kita tahu ramai ahli DAP yang tak suka dengan Karpal Singh nih, tapi tak perlu lah nak humban-humban orang tua yang pakai kerusi roda. Kesian jugak lah tengok orang tua tu tersembam kat atas pentas.


Tapi kalau nak fikir balik, ni macam nak tagih simpati pun ada. Semua dah tahu sokongan kepada Pakatan Pembangkang semakin lama semakin kurang sebab diaorang nih dah sampai tahap merapu. Asyik nak salahkan BN tapi diaorang langsung tidak memberi apa-apa cadangan yang bernas untuk memajukan negara. Asyik-asyik demo .. asyik-asyik demo!

Gambar bawah ni pun mungkin nak mintak kesian jugak kot? Tapi Awangku harapkan semuanya kembali sihat dan tidak cedera teruk dalam melakukan 'stunt' masing-masing. Lagipun, kita semua hamba Allah yang serba kekurangan. Amin.




* Salam hari Jumaat!