Followers

Thursday 18 April 2013

VIDEO HANGAT! YB CHONG CHIEN JIEN PUN SAYANG YAB KETUA MENTERI. - Edisi dalam hati ada taman.

Walaupun selalu nak kutuk , YB Chong Chien Jien sememangnya sayang jugak kat YAB Ketua Menteri! Perkara ni telah terbukti apabila YB Chong pada 16 April 2013 telah bersusah payah datang ke Wisma Bapa Malaysia di dalam keadaan panas terik semata-mata nak berikan kek kepada YAB Ketua Menteri. 

Majlis penghantaran kek tersebut telah disambut oleh sekumpulan pemuda gagah daripada Pemuda BN yang  dengan penuh budi bahasanya menerima kek tersebut. Kumpulan Pemuda BN tersebut juga telah memberi baju t-shirt 'We Love CM' dan diterima dengan penuh terharu dan berbangga oleh YB Chong!

Mari ler tengok klip video yang terhangat nih!


Walaupun niat nak hantar kek tu ada niat terkutuk, tapi cara sambutan daripada Pemuda BN amat dipuji. YB Chong patut sedar bahawa politik kasar dan kurang ajar tidak disukai oleh orang Sarawak! Jangan nak menjaja cara politik kotor di Negeri Sarawak. Sedarlah YB Chong bahawa anda adalah seorang YB kelahiran Negeri Sarawak. Adat resam, budi bahasa dan tatasusila orang Sarawak sepatutnya pihak YB hormati. Jangan nak terhegeh-hegeh nak bawak budaya politik yang bukan melambangkan budaya orang Sarawak ke sini. Kita sepatutnya bangga bahawa kita mengamalkan politik 'gentleman' dan bermaruah!

* Hidup Ngap Sayot! Tiba-tiba bersemangat!

No comments:

Post a Comment