Followers

Saturday 13 April 2013

ANWAR IBRAHIM DEDAHKAN MACAI PEMBOCOR RAHSIA KERAJAAN DAN PEMBELOT NEGARA!

Di dalam keghairahan Anuwar Ibrahim hendak menagih simpati bagi memastikan angan-angannya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7, kerakusannya sendiri telah memberi malapetaka kepada orang suruhannya sendiri. Di dalam ceramah di Bandar Baru Semariang pada 11 April 2013 lepas, beliau telah memaklumkan kepada semua penonton aksi badut beliau bahawa bekas-bekas pegawai tentera yang telah menyertai beliau di dalam PKR adalah pembocor rahsia kerajaan dan pembelot negara.

Pengkhianat negara tersebut telah memberikan maklumat kepada Anuwar Ibrahim dan telah juga telah dimanipulasikan oleh beliau untuk tentang rahsia yang berkaitan dengan peralatan ketenteraan. Adakah kerana kuasa dan wang mereka pengkhianat ini sanggup melanggar sumpah setia mereka kepada negara. Adakah kerana perasaan tidak puas hati mereka mereka sanggup mengadaikan maruah dan membiarkan kedaulatan negara diperdagangkan?


Rakyat di negara ini dan di Negeri Sarawak khususnya perlu sedar bahawa sekiranya golongan yang bersekongkol dengan kumpulan Anuwar Ibrahim dengan senang sahaja melupakan sumpah taat setia mereka kepada negara, tentulah lebih mudah mereka melupakan tanggungjawab mereka kepada kebajikan rakyat biasa. Jika maruah dan harga sanggup mereka gadaikan kerana wang dan harta, tentulah  kedaulatan negara kita yang kita pertahankan selama ini senang sahaja mereka lepaskan.

Inikah pemimpin yang kita inginkan? Jangan kerana kita terpegun dengan kepetahan si Anuwar Ibrahim, kita tidak melihat adanya pembohongan yang secara senyap melenyapkan masa depan kita di negara yang bertuah ini. Jangan kita tertipu dengan pembohongan yang sentiasa dijaja disana-sini.

*Pastikan si Anuwar Ibrahim nih takkan jadi Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment