Followers

Saturday 13 April 2013

Agen Negara Asing Di Kesan Di Ceramah Anwar Ibrahim di Kuching, Sarawak?

Seorang warga asing telah dikesan mengikuti Anwar Ibrahim di sepanjang siri ceramah Anwar Ibrahim di Kuching, Sarawak. Warga asing tersebut telah mula dikesan berada bersama Anwar Ibrahim di ceramah beliau di Siburan. Di dalam ceramah beliau di Maong Bazaar, kelibat warga asing tersebut tidak kelihat mungkin kerana kehadiran penonton yang agak ramai. Tetapi warga asing tersebut dikesan semula kehadirannya semasa ceramah Anwar Ibrahim di Bandar Baru Samariang.





Persoalan disini ialah siapakah warga asing tersebut? Apakah perkara yang dilakukan oleh beliau semasa ceramah Anwar Ibrahim? Apakah peranan beliau di dalam penganjuran ceramah tersebut? Dan persoalan yang paling penting, apakah kaitan beliau dengan Anwar Ibrahim?




Perkara ini perlu dilihat dengan lebih serius oleh pihak keselamatan bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini kepada negara kita.

No comments:

Post a Comment